Friday, January 13, 2012

Persahabatan Atas Dasar Keimanan

Alhamdulillah, sebulan berhempas pulas mengharungi detik SPM akhirnya menemui nokhtahnya pada 13 DISEMBER 2011 pada pukul 4.30p.m di dewan Nik Mohyidin Wan Musa.Tapi tak bermakna segalanya dah berakhir.."Hidup masih panjang dan perlu diteruskan",kata-kata yang sering kali diungkapkan oleh Ustaz Bakru yang merupakan seorang penyelaras, ayah, guru, ustaz dan juga coach. Lima tahun berada di SMAPK sedikit memberatkan hatiku untuk melangkah pergi dari bumi bertuah itu.Sebuah syurga bagiku!

Pengalaman, sahabat-sahabat, guru-guru, juniors and seniors, dorm, kelas..hm,semuanya terlalu indah dan sentiasa aku abadikan dalam memori kehidupanku.Aku amat bersyukur kerana diberikan peluang dan ruang oleh yang Maha Pemurah untuk mengutip mutiara ilmu yang amat berharga di madrasah tersebut.Mungkin tidak banyak,tetapi cukup bermakna buat diriku..

0711 atau 'AMITY COEXIST'. Nama batch yang aku banggakan. Aku pun tak tahu kenapa, tapi aku rasa sangat bertuah berada dalam satu batch yang bagaikan sebuah keluarga. Mempunyai seorang penyelaras yang mesra digelar 'papa' adalah sangat beharga. Beliau sentiasa bersama kami susah atau payah. Beliau meredakan kami tatkala kami bertelagah, menenangkan kami apabila kami gusar, membantu kami sewaktu kami buntu menyelesaikan masalah. Beliau selalu mengingatkan kami tentang erti kehidupan sebagai seorang HAMBA. Hidup sebagai seorang hamba Allah yang wajib patuh perintahnya. Hidup sebagai khalifah yang perlu memakmurkan bumi ini. Aku semakin terkesan dan lebih memahami tafsiran ayat-ayat ini. Subhanallah, sungguh indah aturan kehidupan yang diaturkan oleh Allah. Dia mengurniakan aku sahabat-sahabat yang sentiasa berada di sisiku.Sahabat yang membimbingku ke arah kebaikan. Sahabat yang akan mengangkatku tatkala aku tersungkur. Sahabat yang membuatkan aku sentiasa teringatkan tentang hikmah kehidupan. Sahabat yang sudi meminjamkan aku bahu sebagai tempat aku melepaskan tangisan penyesalan. Sahabat yang mengatakan tidak saat aku melangkah ke arah kemaksiatan. Itulah yang dinamakan PERSAHABATAN ATAS DASAR KEIMANAN.

Iman haruslah menjadi tunjang dalam persahabatan.Iman umpama akar yang menjadi tunjang bagi sepohon pokok.Pokok tidak akan mudah tumbang seandainya akaryna kuat. Begitu juaga persahabatan. Seandainya iman yang utuh mendasari sesebuah persahabatan, tentulah persahabatan itu akan abadi selamanya sehinggalah maut yang memisahkannya secara zahir. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. "Tidak beriman seseorang itu sehiggalah dia mengasihi saudaranya sebagaiman dia mengasihi dirinya"...Hadis yang biasa didengar ini amat bermakna jika difahami,dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

Oleh itu, kita haruslah sedar bahawa dalam persahabatan juga perlu ada matlamat. Matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah untuk mencari keredhaan-Nya. Saya ingin menasihatkan diri ini terutamanya serta rakan-rakan sekalian, katakanlah walaupun pahit.Maksudnya, kita perlu saling menasiahati antara satu sama lain terutamnya dalam persahabatan. Teguhkan hati dan beranikanlah diri untuk mengatakan 'tidak' atau 'jangan' kepada sahabat yang menghampiri maksiat.Janganlah kita sekali-kali membiarkan sahabat-sahabat kita dibelenggu kejahilan dan kemaksiatan. Mungkin akan timbul rasa takut atau kerdil untuk menasihati sahabat-sahabat. Jadi kita hendaklah mencari kekuatan diri dengan meningkatkan keimanan dalam hati. Muhasabahlah diri dengan menghayati sirah-sirah nabi dan para sahabat.Bagaimana Saidina Abu Bakar yang sentiasa membenarkan kata-kata baginda serta sanggup metaruhkan nyawa demi rasul tercinta semasa peristiwa hijrah. Bagaimana Umar,Uthman dan Ali serta ramai lagi yang sanggup berkorban demi Islam.

Saya pernah membaca novel yang bertajuk 'Sinergi' yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Sebuah novel yang bertemakan persahabatan kerana iman. Tiada dendam, iri hati mahupun hasad dengki dalam diri watak-wataknya untuk menarik sahabat-sahabat mereka ke jalan yang benar. Novel ini juga mengajar saya cara berdakwah yang sarat dengan kasih sayang dan kesabaran. Sesungguhnya, selemah-lemah iman dalam persahabatan adalah dengan bersangka baik. Itulah perkara yang bermakna yang saya peroleh serta perlu diketahui oleh semua sebagai penghayatan dalam persahabatan.

Mungkin setakat ini sahaja buat kali ini. Harapnya, rakan-rakan dapat mengambil iktibar dan bermuhasabah diri tentang perkara ini. Saya akui ilmu di dada ini masih cetek, namun mungkin secebis ilmu yang diberi oleh Sang Pencipta ini dapat menjadi pedoman buat semua. Terima kasih.

Kepada sahabat, teman, dan kawan; Mai, Yana, Bella, Syudud, Fatin, Syifa, Erie, Lily, Anis, Tikun..dan lain-lain, ana sentiasa mendoakan kebahagaian korang semua. Semoga Allah memberikan ruang, peluang dan rezeki kepada kita semua untuk bersua muka suatu hari nanti. Sejujurnya, ana sentiasa rindukan korang. Ana takkan pernah lupakan kenangan kita bersama. Kawan, ingatlah! kita tak pernah berpisah!..kenanglah ana dalam doa korang semua. Ana harap persahabatn kita ini dibina atas dasar keimanan. Ana sayang korang!
-ikhlas, tiqa_tiz

Saya Budak Baru Belajar

Hai semua!!..:) Pada watu cuti yang agak panjang ni, sementara nak tunggu keputusan SPM keluar, saya harap dapat mengisi watu ini dengan sebaiknya.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Terdapat dua nikmat yang sering manusia lalai(lupakan), iaitu nikmat SIHAT dan MASA LAPANG.

Dalam buku teks al-Quran dan al-Sunnah tingkatan 5 ada tajuk yang berkaitan dengan hadis di atas. Memang tidak dapat dinafikan lagi sebahagian daripada kita especially sayalah selalu sangat tak menyedari kehadiran dua nikmat yang berguna ni dalam kehidupan seharian. Dua nikmat yang selalu tidak digunakan dengan baik. Sedihla blogger-emoticon.blogspot.com si Pemberi yang tak pernah rasa jemu mengurniakan nikmat tersebut kepada kita even kita acap kali mempersiakannya.

Jadi, masa lunch hari ni saya ambil kesempatan belajar buat SAMBAL BELACAN. Um, selalunya asyik makan DM punya sambal belacan, so sekarang saya sendiri yang buat sambal belacan. Saya tak berapa suka sambal belacan DM sebab pedas:98: sangat sampai bole mengalirkan air mata.blogger-emoticon.blogspot.com Sambal belacan yang saya buat ni tak terlampau over pedas dan takdela smapai takde rase pedas langsung. Ok, kawan-kawan yang nak belajar cara-cara nak buat sambal belacan, boleh la try saya punya sambal belacan. Comfirm kaw kaw punye.:12:
:100: Sambal Belacanku

Apparatus: satu set lesung batu, pisau, sudu, piring

Materials: 2 bji cili besar, 1 kiub belacan, limau kasturi, 1/2 tomato, garam, gula

Methods: 1. Basuh sehingga bersih cili,tomato dan limau kasturi
2. Masukkan 1 kiub belacan dan 2 biji cili besar ke dalam
lesung batu dan tumbuk sehingga lumat(hancur).
3. Mixture of cili and belacan dimasukkan ke dalam piring
yang sesuai.
4. Potong nipis-nipis tomato dan masukkan ke dalam
mixture of belacan and cili tadi.
5. Masukkan gula dan garam ke dalam campuran tadi
secukup rasa.
6. Pastu, potong dan perah limau ke dalam mixture tadi,
then kacau dengan sudu.

Ok, samabal belacan dah siap. Ready to serve. Ianya pasti HALAL dan suci. Saya dah cuba, awak bagaimana?? It's truly fingers lickin' good.. :) blogger-emoticon.blogspot.com